CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

✿❀xunieland❀✿

A New Day Has Come

Wednesday, September 28, 2011

Thank's Papa ^^


Aku rasa nak berterima kasih yang teramat sangat untuk kedua ibu bapa aku yang banyak membantu aku dari aku dilahirkan hinggalah sampai aku dah besar gedabak cam sekarang. Aku akui kadang aku mengeluh untuk perkara kecil yang tak dapat mereka tunaikan sedangkan mereka beri aku lebih dari apa yang aku inginkan. terima kasih papa dan mama. aku cukup bersyukur dikurniakan dua insan yang cukup istimewa ini dalam hidup aku. sehingga aku merasakan tiada apa yang lebih berharga di dunia ini melainkan mereka. 

papa always bantu aku dalam banyak hal. ya papa mungkin tak sekolah tinggi macam ayah orang lain, papa setakat darjah enam sahaja tapi dia berusaha dan tak pernah putus membantu aku untuk mendorong aku berjaya. bagi aku dia lebih bernilai dari ayah yang cukup pandai, punya kerja yang hebat tapi tak sempat menemani anak mereka. Papa sentiasa ada masa untuk temankan aku ke sini dan ke sana sampaikan aku nak beli buku rujukan, pergi perpustakaan dia yang menemani aku.. aku bangga punya ayah yang begitu. Tanpa papa aku mungkin menjadi seorang insan yang lemah. 

ya aku tau aku dah hancurkan harapan papa dan mama.. papa nak aku berjaya untuk sampai ke peringkat yang lebih tinggi. dia nak aku ambil ijazah. tapi aku sia-siakan peluang yang ada. aku tolak tawaran untuk sambung ke peringkat ijazah di sabah hanya kerana aku tidak sanggup berjauhan dengan mereka. sesungguhnya aku benar-benar mahu menyambung pelajaran aku tapi aku benar-benar tak mampu meninggalkan mereka. semua perkara bermain di fikiran aku. aku juga dah cukup takut untuk memohon belajar semula. aku takut nama aku akan disenarai hitamkan.

kemarin dulu papa bertungkus lumus hantarkan aku ke sini dan kesana untuk menyiapkan borang pembiayaan ptptn aku.nak pergi kat bahagian lembah pantai, mereka semua bercuti, kemudian ke masjid, ketua imam semua ada program, nak pergi DBKL, papa dah cukup tak sanggup disebabkan perangai acuh tak acuh pegawai mereka jika meminta bantuan. mungkin papa dah serik kesian papa. so aku end up nak pergi cari stem hasil pula, ni lagi 1 hal aku tak tau macammana nak matikan setem tu, tanya akaq and abang kat pejabat pos tu dia kata kat lembaga hasil dan bila aku tanya yang kat jalan duta ke? dia kata tak tau yang dia tahu kat shah alam, mak ai jauhnya shah alam kat mane tempatnya shah alam bukannya kecik. dah tanya abang tu pulak dia boleh main-main kata soh tembak je stem tu matilah dia. haiyaaa frustnye aku dahla cop n sain xdapat lagi nak matikan stem pown tak tahu kat mana.

lepastu aku terus panggil papa aku suruh cakap dengan dia barula dia kata kat pejabat sumpah pun boleh so aku pun macam pernah terbaca syarat peraturan borang tu yang boleh sahkan kat pejabat sumpah so kitorang pegilah balik kat bangsar, sib baik pegawai pesuruhjaya sumpah ada, bincang punya bincang dia kata boleh. Alhamdulillah.. even berbayar tapi tak pelah berbaloi. ^^ nak hantar pos laju time tu waktu rehat pulak.. so baliklah dulu. pukul 2 keluar balik pergi pejabat pos hantar.  selesai tugasan hari ini. baliktu singgah jap kat kedai printer n stuff then papa belikan aku catridge canon mp496 black and also color + papa beli lagi paper photo. thankz papa you really helpful i love you so very much. TT

No comments:

This Is Me

safe zOne