Subhanallah.....
aku tak tau apa yang aku buat sekarang ini...
aku menemui jalan yang cukup buntu..
kadangkala aku terfikir, dimana sahabat-sahabatku ketika aku memerlukan mereka..
namun kadang-kadang aku rasa better bersendirian untuk menenangkan hati..ya kadang-kadang aku rasa niat kawan-kawan aku baik mengutarakan pendapat mereka untuk masalah aku..
tapi ada masa mungkin bukan itu yang aku mahu dengar atau sebaliknya lebih baik berdiam diri.. kerana jiwa yang cukup kacau sukar untuk menerima sesuatu yang agak tidak munasabah buat aku pada waktu itu. Aku tidak suka bersikap prejudis tapi kadang-kadang sikap itu mengekori aku...
aku juga terfikir kenapa apabila rasa sedih atau tak puas hati mesti kita akan luah di ruangan seperti ini, mungkin ini adalah medium terbaik untuk melepaskan apa yang terbuku di hati tanpa ada sempadan. you can say anything that you wanna say without bothering's others.
fuhh sebenarnya aku tertekan soal kerja kerana aku antara berpuluh-puluh ribu orang atau mungkin beratus ribu orang atau mungin juga jutaan orang yang menghadapi masalah "ketiadaan pekerjaan a.k.a penganggur".
Dulu kita merasa bahagia dan senang dengan kehidupan kerana semuanya ditanggung oleh keluarga, tapi suatu masa bila kita menjejaki alam dewasa' kita akan merasa cukup tertekan sekiranya kita tak punya kewangan yang kukuh. tambah bebanan lagi sekiranya kita adalah bekas penuntut yang telah membuat pinjaman untuk belajar, namun apabila tiba saat membayar balik kita dihantui isu ketiadaan wang kerana tidak bekerja.
arghhhhh kusut!!!!!!!!!!!!
Tuesday, October 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment