I’m back!
Setelah sebulan menyepi tanpa post terbaru..kini aku kembali untuk meneruskan gerak jari-jemari aku yang seakan rindu untuk menaip.
Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin untuk semua umat islam di muka bumi ini. Sedih rasanya, ramadhan baru sahaja melabuhkan tirai sekaligus meninggalkan kita pada tahun ini… syawal pula menyusul namun aku masih rindu dengan kehadiran ramadhan. Sesungguhnya ramadhan benar-benar menenangkan. Rasa berat untuk mengucapkan selamat tinggal pada ramadhan bulan yang penuh dengan barakah..mungkinkan aku masih diberi nafas pada ramadhan yang akan datang? Moga Allah memanjangkan umur kita dan insyaAllah ramadhan’ kita akan bertemu lagi di tahun hadapan jika masih diberikan kesempatan oleh tuhan sekalian alam ‘Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang’.
Pasti ramai warga yang pulang ke kampung untuk menyambut aidilfitri dengan insan tersayang namun mungkin juga yang mengalirkan air mata kerana terpaksa berjauhan dengan orang yang tersayang atau mungkin telah kehilangan orang yang tersayang. Apapun kita haruslah bersederhana dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan mungkin tak semua orang dapat merasai kebahagiaan yang kita kecapi. Alhamdulillah YaAllah atas nikmat yang Engkau berikan.
Alangkah baiknya jika kita dapat berkongsi kebahagiaan dengan sesama manusia kerana dengan cara inilah kita dapat mengurangkan jurang pemisah dan mengikat tali silaturrahim sekaligus dapat membina ukhwah yang suci. Aku dapat rasakan raya kini tidak sama dengan raya yang pernah aku rasakan suatu ketika dulu. Zaman mungkin berubah dan kemungkinan disebabkan perubahan itu syawal yang dirai kini tak semeriah syawal yang dirasai suatu ketika dulu.
Apapun aku masih berharap apa yang aku rasa kini akan berubah menjelang raya yang akan datang. Walau telah meningkat dewasa tapi aku masih mahu merasai keriangan seperti zaman kanak-kanak dulu.. bukan aku tidak sedar diri cuma aku rindukan suasana meriah seperti dahulu kala. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin ^__^
No comments:
Post a Comment