CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

✿❀xunieland❀✿

A New Day Has Come

Wednesday, September 28, 2011

what goes around will comes around

Aku rasa macam nak post sesuatu kat sini . Banyak sangat idea yang datang tapi aku tak tau nak taip apa then rasa malasje nak posting. Tak taula apa dah jadi dengan aku. Semenjak dua menjakni aku rasa macam hilang arah dan tujuan, aku rasa kosong yang teramat, tapi bukan kosong dengan kasih sayang kerana tak dinafikan alhamdulillah aku bahagia dengan orang disekeliling aku cuma biasalah tetap ada satu dua yang masih berasa tak puas hati terhadap aku. 



Kenapa? Aku pun tak tahu. Lagi aku tambah sedih bila orang yang dah jadi ahli keluarga aku boleh menceritakan aib keluarga sendiri dikhalayak. Ya mungkin aku tak punya bukti untuk berkata sedemikian. Aku juga berharap ini semua dusta, terlalu sering aku memujuk hati ini untuk melupakan semua itu dan menganggap ia cuma tipu tapi benar juga kata pepatah tanpa angin masakan pokok bergoyang. Aku tak tahu apa lagi yang membuatkan dia berasa tidak puas hati. Apa sahaja yang dia inginkan aku rasa semua kami dah turuti. 


Aku fikir semua dah berakhir rupanya masih ada isu. Kenapa teruk sangat diani. Aku tak peduli jika dia buat kat aku tapi jika melibatkan aib keluarga memang aku cukup tak boleh nak sabar. aku juga tetpa bersabar tapi tak dinafikan hati aku terlalu sakit lagi-lagi memikirkan kesakitan yang disimpan orang yang memang tak patut dia sakiti, kerana orang itu sudah terlalu banyak berkorban demi mereka. 


Apa ini balasannya?? walaupun dihina sedemikian cara namun insan yang tabah itu masih jua bersabar, melayan mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku sedang di hati mereka bersarang sejuta rasa.


Aku tak tahu apa lagi yang harus aku lakukan cuma aku masih dan sentiasa akan berharap yang suatu masa nanti dia akan berubah. renungilah diri kita.. lihat siapa kita.. siapa yang sentiasa berada dengan kita ketika kita tiada apa, tiada siapa. Siapa yang sentiasa menghulurkan tangan kepada kita ketika kita jatuh dan semua orang tertawakan kita. Siapa yang memberi segala kelebihan kepada kita dan siapa yang bakal menarik semula semua kurniaan yang diberikan. 


Jangan hina orang, jangan jadi jahil, bodoh sombong, berlagak. Terimalah apa yang kita miliki seadanya jangan menutupnya dengan mencari kesalahan orang lain lambat laun ia pasti terbuka juga. Aku percaya pada hukum karma, lebih aku percaya,Allah cukup tau siapa yang teraniaya dan apa yang tersimpan dihati kecil setiap manusia mahu yang nyata ataupun tersembunyi.  "what goes around comes around". 





No comments:

This Is Me

safe zOne