Belajar Bahasa
KOLEKSI BAHASA ORG UTARA YANG KITA DOK GUNA
Vocabs NEGERI SEMBILAN
pengolik/ = penakut
kopam = kusam/kotor
lantEh = tembus (cahaya)
tolut/lut = tajam/makan (pisau)
kEpEt = leper
dingkEt = cetek
sEndEng = senget
sEntEng = singkat/pendek
jolap = gelojoh
bingit = bising
MARI BELAJAR BAHASA PERAK
Untuk Gantinama: teman = saya mike = awak kamu=awak mengkema =engkau orang(ramai) kome=engkau orang/boleh juga pada sorang atau berdua kume=kami keme=saya (bacha dengan E tanda diatas) yob/yeop = bagi memanggil lelaki yg kita tak tau namanya Yong = bagi memanggil permpuan yg kita tak tau nama nya. kedua dua gelaran ini juga digunakan didalam keluarga. Pah/Opah = Nenek Tok = datuk Enda = panggilan ibu yang biasa dipanggil oleh anak2 sadah di Perak.....tak semua Tok Enda = panggilan nenek ;; Kebanyakkan hujung ING tinggal IN saja Kambing = kambin kuching = kucin lembing = lembin daching = dachin cacing = cacin guling = gulin pusing = pusin bising = bisin kebanyakkan akhiran IR diganti dengan IO, AR diganti dengan O Acar = aco air = ayo Ajar = ajo akar = ako asar = aso fikir =pikio pasir =pashio putar = puto..........ada ungkapan orang marah.....puto dek hawa taun lah kamu..makna nya biar kamu kena taun kikir=kikio cicir = cicio kafir=kapio lendir lendio hanyir= hanyio bibir =bibio.................tapi kalau bebio dah jadi cacing halus seperti hampas kelapa selalu kedapatan pada dubur kanak kanak biar=bio...........sebab itu ada kata kata orang tua bebio kalu di bio naik kemata buta makna nya sakit cacaing pada bebudak ne tak bleh di biar kan begitu saja tanpa diubati kerana kalau sudah sampai naik kemata boleh mengakibatkan buta. bakar=bako belukar=beluko tikar =tiko seluar=seluo ular =ulo sambar=sambo selimbar selimbo takar=tako besar=beso.........itu chik beso maknanya encik besar..panggilan kepada abang sulong dalam sesetengah keluarga sadah diPerak (mungkin tak semua mengamal nya) anak ana saudaranya pula akan memenggil Ayah Beso. chegar=chego (batu bulat lonjong didalam sungai ). itu yang ada nama kampong Chego Galah (Chegar Galah) di Kuala Kangsar penempatan keluarga sadah di Hulu Perak selain di sebelah hilirnya di kampung Pulau Pisang di daerah Parit. zikrr = jikio PERKARTAAN2 LAIN ate = habis tu (penyedap cakap) biole = biar lah belontok = macamikan haruan berbintik cokelat bujuk = ikan haruan bolen = telanjang bulat cucor pisang = cekodok pisang cucor bawang = cekodok tepung campur bawang cucor = jirus cabuk = berkudis buruk........cth orang marah.. cabuk le kaki kamu.....makna nya biar kaki kamu tu berkudis teruk tumpo = mati (bahasa kasar) pegho = sampan cebok = alat mencedok air bebeno = sungguh/sangat cth budak ne jahat bebeno nyor = kelapa biut = degil begholoh = tidor tak sio = tak mahu teghoyak = menangis bedeah = tipu/menipu piat = pulas.....cth aku piat telinga tu karang. petia = perhati bedek(membedek) = belek (membelek) kela = gaduh berkela = bergaduk kayo = pergi buang air kayo beso =berak kayo kecik = kencing yangat = kopi atau teh panas. tepek = lempeng jamban = selain makna biasa.......nama bagi pelantar atau rakit tampat mandi di sungai Perak biasanya dibuat dari batang balak. kulu = kehulu kelio = kehilir kedarat = hala menjauhi sangai kebaroh = hala kesungai Tebin = tepi sungai telio = teringin buah kanto = buah enau koi = kueh kek = cake cekelat = gula gula kopek = tetek kutey = cubit halus kutei = dah lama nohen = buat dek jer... kodak/kekodak = lebihan/serbuk kueh.........umpama orang bertanya banyak ke lagi kueh raya jawabnya tinggei kekodak tong aje....... ngekek = ketawa terbahak bahak ngonyam = gatei (berkaitan lelaki/perempuan) seniat = pukul........dengan lidi umpamanya. sidang = berhenti.......pada hujan samo = warna merah jambu geduak = kerdas getik = benci amra = kedondong meghenin = berkilat nganto = sejenis permainan anak muda dibulan puasa dekat dekat nak raya ketika ibu sibuk buat kueh deme akan ambil beberapa jenis kueh buboh dalam pinggan umpamanya dihantar secara senyap senyap kerumah kawan di letak atas tangga umpamanya kemudian diletupkan mercun bagi tau isi rumah ahli keluarga rumah itu akan keluar dan mengejar si penghantar jika dapat mukanya akan dilumur dengan bedak atau arang tapi no hard ffeeling kerana ini seronok seronok dan tuan rumah yang menerima kueh itu akan makan seisi keluarga . Tetapi permainan ini sudah hampir pupus melainkan di kampung 2 pedalaman. melantak = kuat makan megholoh = kuat tidor hambo tebo = bersepah/berselerak R yang diawal atau tengah perkataaan di ganti dengan GH rumah = ghumah orang = oghang kerja = keghoje memburu = menbughu resah = ghesah rosak =ghosak ribu = ghibu Ada beberapa perkataan oghang puteh oleh orang tetue di perakkan bob = buku belen = baki merket = pasar bot =bot Tentang duit 1 sen = seduit 5 sen = 5 duit 10 sen = sekupang 15 sen = 15 duit 20 sen= 2kupang 25 sen = dua kupang 5 duit setersnya hingga 90 sen =sembilan kupang 95 sen = sembilan kupang lima duit seringgit = seringgit RM1.25 = seringgit suku RM1.50 = tenghah dua ringgit |
No comments:
Post a Comment